Home » » Petir Atau Guruh

Petir Atau Guruh

Petir atau guruh adalah serangkaian bunyi keras yang dihasilkan oleh kilat, baik yang berdentum secara kuat maupun deram-derum secara perlahan, tergantung pada sifat kilat itu sendiri dan jarak keberadaan orang yang mendengarkan dari pusat terjadinya petir atau guruh. Sekiranya bunyi yang dihasilkan lebih kuat daripada biasanya, maka disebut sebagai halilintar. 

Peningkatan atas tekanan dan suhu yang mendadak dari kilat menyebabkan udara disekeliling menjadi mengembang dengan derasnya dalam satu panahan kilat. Pengembangan udara inilah yang menghasilkan gelombang kejutan deras yang menghasilkan bunyi suara petir.

Cahaya kilat yang diikuti bunyi petir beberapa saat kemudian bagi kebanyakan orang merupakan sebuah gambaran mengenai fakta bahwa bunyi bergerak lebih perlahan daripada cahaya. Dengan menggunakan perbedaan ini, seseorang bisa memperkirakan jarak panahan kilat dengan mengira selang masa antara masa cahaya kilat kelihatan dan masa bunyi petir yang terdengar. Kelajuan bunyi di dalam udara kering dianggarkan 343 m/s pada 20 °C. Kelajuan cahaya adalah cukup tinggi sehinggakan ia dianggap sebagai infiniti dalam kiraan ini. Oleh itu, jarak petir dianggarkan sejauh 1 kilometer bagi setiap 2.9 saat. Dalam 5 saat yang sama, cahaya boleh mengelilingi bumi sebanyak 37 kali. Petir jarang kedengaran pada jarak melebihi 24 kilometer. Cahaya kilat yang berlaku serentak dengan bunyi petir yang sangat kuat, juga dipanggil halilintar, menandakan panahan kilat adalah sangat dekat. 

Punca fenomena petir menjadi titik tengah spekulasi dan penyelidikan saintifik selama berabad-abad lamanya. Teori terawal yang pernah dicatat dipercayai diolah oleh ahli falsafah Yunani bernama Aristotle pada abad ke-3, manakala suatu kepercayaan awal mengatakan bahawa petir dihasilkan oleh pertembungan awan. Kemudiannya, baru bermacam-macam lagi teori yang dicadangkan. Menjelang petengahan abad ke-19, teori bahawa kilat menghasilkan vakum diterima umum. Pada abad ke-20, timbulnya satu ijmak bahawa petir harus bermula dengan gelombang kejutan di udara akibat pengembangan haba plasma secara mendadak dalam arus kilat. Dalam masa kurang sesaat, udara dipanaskan kepada suhu hampir 28,000 °C (50,000 °F). Pemanasan inilah yang menyebabkan udara mengembang ke luar lalu bertembung dengan udara sejuk di sekelilingya pada kelajuan mengatasi bunyi dalam udara sejuk itu. Denyut yang bergerak ke arah luar itu menghasilkan gelombang kejutan, serupa prinsipnya dengan gelombang kejutan yang dihasilkan letupan, atau di hadapan pesawat supersonik.

0 comments:

Post a Comment